Pemandangan mengasyikkan di lokasi pelancongan popular, Blue Mountains. |
MISTIK dan lagenda menjadi antara elemen yang mewarnai hidup manusia. Seperti kisah dua puteri yang bertukar menjadi gunung di Sarawak, Australia juga mempunyai cerita sama yang menjadi buah mulut warisan berzaman.
Three sisters iaitu tiga gunung yang terletak di kawasan Blue Mountains, kira-kira 104 kilometer di barat Sydney cukup terkenal di kalangan masyarakat tempatan. Lokasi ini juga menjadi tarikan pelancong yang ingin melihat lebih dekat kawasan pergunungan mengagumkan itu.