Puteri gunung Australia

Pemandangan mengasyikkan di lokasi pelancongan popular, Blue Mountains.
Mitos tiga beradik jadi buah mulut di Blue Mountains, tarik pelancong dari seluruh dunia

MISTIK dan lagenda menjadi antara elemen yang mewarnai hidup manusia. Seperti kisah dua puteri yang bertukar menjadi gunung di Sarawak, Australia juga mempunyai cerita sama yang menjadi buah mulut warisan berzaman. 

Three sisters iaitu tiga gunung yang terletak di kawasan Blue Mountains, kira-kira 104 kilometer di barat Sydney cukup terkenal di kalangan masyarakat tempatan. Lokasi ini juga menjadi tarikan pelancong yang ingin melihat lebih dekat kawasan pergunungan mengagumkan itu.

"Three Sisters yang terletak dalam lingkungan Taman Negara seluas 200,000 hektar berpusat di Katoomba, jika dilihat dari sudut saintifiknya terjadi akibat proses luluhawa sejak ratusan ribu tahun lamanya."
Mengikut cerita, disebabkan terikat dengan adat dan peraturan nenek moyang, seorang ahli sihir menukar tiga anak perempuannya yang jelita menjadi batu. Tiga beradik itu yang dikenali sebagai Meenhi, Weemala dan Gunnedoo dari suku Katoomba yang tinggal di Lembah Jamieson, dikatakan mempunyai hubungan dengan tiga wira gergasi dari suku Napean.

Berdasarkan keturunan, tiga beradik itu tidak dibenarkan berkahwin mengikut undang-undang masyarakatnya. Namun begitu, tiga wira berkenaan tidak mempedulikan peraturan itu, malah nekad memperisterikan perawan tiga beradik terbabit secara paksa.

Sila klik link berikut untuk cerita selanjutnya... Puteri Gunung Australia manakala kalau nak tahu lebih lanjut lagenda dan lirik lagu Puteri Santubong pula boleh klik di sini Lagenda dan lirik lagu Puteri Santubong

Selamat membaca :) 

No comments:

Post a Comment