Felt - Door signage design

helooooo.....
kalau biasa, orang start kerja... hari isnin. Saya plak.. hari rabu. Kira ok la tu kan. Orang kecoh-kecoh hari isnin...saya cool jer rehat kat umah.
Yang ni amik masa 1 minggu baru siap. Bukan pasal susah... tapi pasal ada beberapa projek lain yang kena disiapkan. Kang marah pulak customer kan. heeee
Khas untuk pejabat saya yang tersayang... berapa hengget nak charge ye? pherghhhh... FREE jer. Sayang punya pasal. Bukan orang lain yang tengok kan.. Saya sendiri la jugak. Tiap pagi buka je pintu.... senyum puas hati sambil dlm hati kata 
Ni aku yang buat tau. Siap ada signature lagi kat belah bawah tu. Takleh nak ngaku sembarangan. Nak ciplak pun payah sebab bukan senang nak tiru jahitan senget benget aku tu. heeee
Kalau ada yang nak ikut idea ni... amatlah dialu-alukan yer. Tak payah bayar royalti  :)  

Christmas felt craft

sedar tak sedar... dah nak masuk November. pastu...Disember dan semestinya suasana Christmas berlegar2 dalam kotak fikiran. bila fikir pasal Christmas... mesti terbayang Christmas tree kan. best!
maka saya pun mencari-cari la idea untuk buat felt craft bertemakan Christmas tree. tak sabar nak balik rumah start menggunting. heee....

mari belek-belek dulu idea yang saya perolehi dari google image ni. menarik belaka! rambang bijik mata. hohoho



Mencari gunting...

Penat sudah berjalan seharian semalam masih jugak tak jumpa gunting jenis yang aku nak ni...
Kegunaannya ialah utk memotong fabric. Bila dah gunting.. hasilnya bentuk guntingan dia akan nampak ala2 zigzag.. cantik. tapi masih tak jumpa lagi la.. 
Kalau ada yg tahu mana nak beli secara online.. roger yer.
Thanks..

Crochet - Penambahbaikan

hentam sajalah labu...
hari tu kan dah buat sekumtum bunga besar (dah berkuntum2 pun sekarang ni). pastu... boring la pulak asyik buat pattern tu je kan. saya pun selitkan la si kecil sekuntum... yg ni saya buat 2 lapis. bagi macam naik sket bunga dia..
then... cantumkan dengan kuntuman besar tu.
ni la jadinya... 


Felt - 7 hasil kerja terbaru

Demam oh demam. Ingatkan bila mengadap pokok durian dapatlah makan kaw2. Puluh2 biji gitu. Tapi ni baru makan dua tiga biji pun dah demam berhari. Hancus cuti! Hidup berteman tisu setiap hari. Dalam pada tu larat la jugak buat kerja2 memotong dan menjahit....

Ni la hasilnya....








Crochet - Bunga-bungaan



heeee. salam semua. ni nak share hasil kerja saya. ala2 hasil kerja 'buah cempedak luar pagar'. tapi saya ckp gembira sbb... itulah pencapaian terbaik saya setelah berkali-kali buka.....dan kait semula benang tu. sampai tahap hancur saya kerjakan. 
corak dia tu saya main hentam je. sebabnya.... dah tengok macam-macam corak dlm internet tp tak reti nak ikut pasal tak reti baca simbol dia tu. akhirnya... inilah hasil corak hentam keromo saya...
yang kat atas sekali tu.. dah ada permintaan utk saya buat byk2. tapi tak tau lg yg meminta tu dia nak buat apa...
yang warna pink tengah.. ingat nak lekatkan somewhere.. tunggu la idea baru masuk nanti br laksanakan.
yang kat bawah sekali tu.. takde idea langsung. projek kiv jugak la tu nampak gayanya. heeee 

ni saya snap guna kamera pc jer. lupa pulak nak bawa kamera. layan jer la yer....                                      


Hobi... & hobi lagi!

Minggu ni semangat tengok benda2 yang kiut miut dan.. warna warni jer. berkenalan dengan felt craft.. 
pastu sambung semula hobi dulu-dulu. ber-crochet. Berkurun jugak la benang tu tak disentuh. jarum pun nasib baik tak karat. *nak tunjuk betapa lama dah projek crochet tu terbengkalai. 
Hari ni klik punya klik kan. terjumpa satu blog ni. i loike ler! terang penjelasan dia. step by step. 
Terbaek! gaya tak kedekut ilmu + rajin snap gambar dan upload dan bagi penerangan.
Ni..saya pulak share blog tu Dinah's Crochet Stuff. Bagi yang tahap beginner baru nak belajar pegang-pegang jarum & benang kait macam saya.. hah elok sangatla refer blog ni. 
1st entry dia yang saya baca... Crochet flower and leaf pattern.




Felt - Hanging felt decoration - My 1st felt craft

hello semua. apa khabar? moga sihat dan bahagia semua yer.
ni dalam hati ada pelangi. heeee. awal2 dah semangat mengarang.
nak dijadikan cerita la kan. skrg ni saya pun terjangkit penyakit ber-craft gune felt ni. rasa cam seronok pulak walaupun leceh. gunting sana...gunting sini...tampal sana...tampal sini... dah tu kena menjahit la pulak. dah nama bukan jenis yg ber-craft kan. kena la jugak cucukan jarum jahit sana sini kt tangan. pastu..dek kerana pegang gunting lama sangat..ibu jari pun sampai sengal2. lebam lagi tu. mungkin sbb gunting yang dipakai tak sesuai ngan saiz jari tangan. tak pun pegang gunting dengan cara yang salah. mak aih! byk kena belajar. tapi walau apa pun.... memang SERONOK GILER lah! walaupun hasilnya tak la seberapa cantik. hasil pertama katakan. lepas ni yang pasti SAYA AKAN BUAT LAGI dan LAGI! heeee

nantikan update hasil kerja felt saya yang pertama yer. *tak sempat upload gambar sbb pasni nak ajar org dewasa guna Internet daftar dan gunakan aplikasi U-Pustaka. alang2 dah mention pasal u-Pustaka ni.. haa nak bagi tau. bagi yg malas pg library.. tak kira sbb jauh dr rumah ke jalan sesak ke.. guna la online u-Pustaka ni. tak perlu kluar rumah nak pinjam buku. online je. guna internet pinjam buku. baca utk tmbah ilmu. 

************************************************************************************************************
sambung coretan semalam... citer pasal my 1st felt craft

bahan-bahan yang diperlukan:


Ribbon warna krim *ikut suka
Jarum *saiz ikut besar benang yang diguna
Benang *warna putih (halus) & warna merah (benang kait)
Felt *warna merah, krim, hijau, pink & kuning
Kertas keras *saya guna kotak tisu (gunting bentuk hati, bunga dan bulatan - 2 size untuk setiap bentuk) 



Lepas digunting bentuk-bentuk tu tadi.. ni le hasilnyer
Gunting banyak-banyak. ikut keluasan tempat dan cara gantung dia nanti.
Saya punya...
bentuk hati - 18 keping setiap saiz
bentuk bunga - 14 keping setiap saiz
bulatan - 28 keping setiap saiz












tadaaaaaa..... ni la hasil kerja felt saya yang pertama. yeay!!  *ni selepas saya jahitkan pada ribbon ye. gambarnya tertinggal pulak. lupa nak snap.

                                    

Hujung minggu di Kabong

wallllla! hujung minggu ni meriah betul kat sini. ada pesta! dua pesta digabungkan menjadi satu. bayangkan ler... meriah sungguh! masa tgh update blog ni, Battle of the Band sedang berlangsung kat pentas utama. suara2 'menjerit' mmg lantang giler ar dengar sampai sini. dengan bunyi muzik lagi. gamat!

kat wharf pula berlangsung pertandingan memancing. dah nak tamat rasanya... penuh kenderaan parking kt depan PI1M. pasalnyer... wharf tu dlm 50m je pun dr sini. dalam banyak2 pancing tu kan... ntah pancing sapalah agaknya yang akan dipilih oelh si ikan. hihihiii lucu bg yang tak minat memancing mcm saya tp bg yang kaki pancing, mesti excited giler menunggu. lps ni tgk org lalu balik bawak ikan ler pulak yeay!

yg tak bestnyer la kan... ada la sebijik kete ni dia park betul2 dpn pintu pagar PI1M. sadis! pastu ada la pulak mamat2 'buat projek' kt situ. apa taknyer... dah terlindung dek kete tuh. cctv plak cuma nampak blkg diaorg jer. 'hidup' korang yer... jgn korang masuk kt dalam sini.. sudah! 

search punya search jumpa gamba cartoon ni. pasal memancing. best gak citer ikan tu yer. heeeeee
to all fishing lover ..