Showing posts with label Felt craft. Show all posts
Showing posts with label Felt craft. Show all posts

3 layer felt flower

Mananya dah tak update blog. item dah ada tp penyakit 'M' terlampau menguasai diri. huhuhu
Pasni pun mesti lama jugak laginya tak update. Nak pegi kursus pulak. Busy la tu nanti. 
Kalau takde aral melintang... 13hb baru le boleh ber-online dengan senang lenangnya. 

Sebelum bercuti dari mengupdate blog kesayangan ni sekali lagi.. ni saya kongsikan template..
Sapa-sapa yang nak guna.. dipersilakan yer. 

dan.... inilah hasilnya.Saya jahit setiap satu sisi bunga tu menggunakan benang yang digunakan untuk mengait. jadi nampak menyerlah sebab benang tu kasar daripada benang biasa yang kita gunakan untuk menjahit. Kat bahagian paling atas.. saya letakkan 1 butang berbentuk bunga. Bagi dia nampak lagi menyerlah.

3 Layer striking green and pink felt craft flower

Purple daisy

kraf felt yang amat mudah untuk dicuba. cuma gunting fabric dan jahit agar semua kelopak bercantum.

hasilnya...tadaaaaa.....simple tapi cantik!
felt craft - simple and beautiful flower - purple daisy
asalnya...warna dia warna purple tau. tapi bila ambik gambar, jd kebiru biruan pulak. adjust je la guna warna kegemaran masing-masing yer.
apa? nak lagi cantik? boleh. lapis-lapiskan kelopak dia, selang selikan warna...
jahitkan manik kat sekeliling kelopak pun mesti lagi menyerlah.
nak buat apa bunga ni? haaaa boleh buat keronsang, sangkut kat beg, lekat kat hairband, pakai jadi gelang tangan pergi majlis keramaian...banyak tu kegunaan dia. pilih jer mana suka. 

Felt - Christmas ornament 02


 hari tak sempat nak siapkan projek... share template dia je dulu. esok baru update hasil dia...

Bahan-bahan diperlukan:
 4 keping bulatan berdiameter 6.5cm. *2 keping untuk setiap warna
 1 bulatan untuk digunting bentuk beralun. *1 bulatan boleh dapat 2 bentuk
 2 keping bentuk holly leaf

Hasilnya.....


Felt - Door signage design

helooooo.....
kalau biasa, orang start kerja... hari isnin. Saya plak.. hari rabu. Kira ok la tu kan. Orang kecoh-kecoh hari isnin...saya cool jer rehat kat umah.
Yang ni amik masa 1 minggu baru siap. Bukan pasal susah... tapi pasal ada beberapa projek lain yang kena disiapkan. Kang marah pulak customer kan. heeee
Khas untuk pejabat saya yang tersayang... berapa hengget nak charge ye? pherghhhh... FREE jer. Sayang punya pasal. Bukan orang lain yang tengok kan.. Saya sendiri la jugak. Tiap pagi buka je pintu.... senyum puas hati sambil dlm hati kata 
Ni aku yang buat tau. Siap ada signature lagi kat belah bawah tu. Takleh nak ngaku sembarangan. Nak ciplak pun payah sebab bukan senang nak tiru jahitan senget benget aku tu. heeee
Kalau ada yang nak ikut idea ni... amatlah dialu-alukan yer. Tak payah bayar royalti  :)  

Felt - 7 hasil kerja terbaru

Demam oh demam. Ingatkan bila mengadap pokok durian dapatlah makan kaw2. Puluh2 biji gitu. Tapi ni baru makan dua tiga biji pun dah demam berhari. Hancus cuti! Hidup berteman tisu setiap hari. Dalam pada tu larat la jugak buat kerja2 memotong dan menjahit....

Ni la hasilnya....